AYAT 30-31 SURAH AN-NUR
INTISARI AYAT :
- Allah memerintah mukmin lelaki dan perempuan supaya menjaga kehormatan diri serta menutup aurat.
- Mukmin dan mukminah diperintahkan juga supaya mengelakkan diri daripada melihat perkara yang mungkar.
- Mukminah diharamkan mendedahkan perhiasan diri kecuali yang zahir sahaja.
- Mukmin dan mukminah yang melakukan perkara tersebut hendaklah bertaubat.
KEWAJIPAN MEMELIHARA MARUAH DAN KEHORMATAN DIRI
- Setiap umat Islam wajib menjaga diri dan maruah dari perbuatan yang mencemarkan nama baik keluarga dan kehormatan diri.
- Umat yang bermaruah ialah umat yang memiliki jati diri dengan berpegang kepada ajaran Islam dan tidak terpengaruh dengan unsur-unsur asing yang merosakkan.
- Sebagai seorang insan kita wajiblah menjaga maruah dan menjaga kemuliaan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
CARA MENJAGA MARUAH DIRI
- Islam telah mengariskan panduan untuk menjaga imej diri dan maruah terutama dalam cara berpakaian, percakapan dan pergaulan.
- Sebagai muslim kita wajib memelihara semua adab ini supaya maruah kita tidak tercemar dan kualiti diri sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
CARA PERGAULAN
- Pergaulan memberi salam dan berjabat tangan dengan saudara sesama Islam (dalam batas syarak).
- Hormat menghormati, berkasih sayang dan beramah mesra sesama manusia.
- Bertukar-tukar pendapat dan pandangan.
- Menjaga rahsia dan keaiban orang lain.
- Menepati janji.
- Menjaga hati sahabat dalam perkara kebaikan.
CARA PERCAKAPAN
- Berlemah lembut dan sopan dalam berinteraksi.
- Percakapan yang menyenangkan.
- Bercakap tentang perkara yang mendatangkan faedah diri, masyarakat dan negara.
- Bercakap perkataan yang baik. Lebih baik diam dari berkata sesuatu yang tidak sesuai.
CARA BERPAKAIAN
- Memakai pakaian yang menutup aurat. Pakaian tersebut tidak ketat atau jarang.
- Memakai pakaian yang kemas dan bersih.
- Tidak memakai pakaian yang terdapat lambang-lambang yang diharamkan seperti lambang kumpulan black metal, kumpulan ajaran sesat mahupun lambang-lambang agama lain.
HIKMAH MENJAGA MARUAH DIRI
Maka sudah menjadi kewajipan orang yang beragama Islam untuk menjaga maruah diri kerana menjaga maruah diri mempunyai pelbagai kebaikan dan hikmah yang tersendiri.
Antaranya:
Antaranya:
- Kehidupan diberkati Allah kerana mendapat petunjuk.
- Mendapat pahala kerana mengikut syariah Allah.
- Akan disayangi, disukai dan disanjung oleh rakan dan masyarakat.
- Melahirkan masyarakat sejahtera, bersatu padu dan negara aman.
Terdapat hadis yang mengatakan : Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
KEBAIKAN & KEBURUKAN MENUTUP AURAT
Pengertian Aurat :
- Dari segi bahasa, aurat ialah sesuatu yang mengaibkan.
- Dari segi istilah, aurat ialah bahagian tubuh badan seseorang yang WAJIB ditutup dan dilindungi daripada pandangan bukan mahram atau ajnabi.
KEBAIKAN MENUTUP AURAT
|
KEBURUKAN MENDEDAHKAN AURAT
|
Kehormatan dan maruah diri terjaga
|
Mencemarkan kehormatan dan maruah diri
|
Dapat mengelak daripada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini
|
Mendorong kepada berlaku perkara-perkara yang tidak baik
|
Dapat menghindar daripada terjerumus kearah perbuatan yang tidak baik
|
Dibenci dan dicemuh oleh orang lain
|
Dipandang mulia dan dihormati oleh orang lain
|
Tidak melambangkan keperibadian muslim sejati
|
Melambangkan keperibadian muslim sejati
|
Terdedah kepada gangguan lelaki yang tidak bermoral
|
SEBAB-SEBAB ISLAM MEWAJIBKAN LELAKI DAN PEREMPUAN ISLAM MENUTUP AURAT :
- Untuk menjaga dan memelihara kehormatan, kesopanan dan maruah diri seseorang.
- Menghindarkan diri daripada terjerumus ke arah perbuatan zina.
- Untuk membezakan antara keperibadian orang Islam dengan orang bukan Islam.
- Menggambarkan bahawa orang Islam sangat patuh dan taat kepada perintah Allah.
ETIKA BERPAKAIAN MENGIKUT ISLAM
AKIBAT TIDAK MENJAGA DIRI DAN MARUAH
- Kehidupan tidak diberkati kerana jauh daripada cahaya petunjuk Allah.
- Mendapat dosa kerana melanggar syariah Allah.
- Menjadi terpinggir kerana dipulaukan oleh rakan-rakan dan masyarakat sekeliling.
- Mendorong kepada berlakunya kes-kes jenayah seperti rogol dan sumbang mahram.
PENGAJARAN AYAT
- Wajib ke atas lelaki dan perempuan menghindari daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan.
- Kita wajib menjaga kemaluan daripada perkara-perkara yang diharamkan seperti zina, liwat, onani dan sebagainya.
- Haram bagi perempuan melakukan perkara yang boleh mendatangkan fitnah, contohnya berhias secara berlebihan.
- Haram berpakaian ketat dan nipis yang boleh menampakkan bentuk badan.
No comments:
Post a Comment